meleleh air liur…

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, ” Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.

Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu.

“”Adakah suami awak ada dirumah?” mereka bertanya.

“Tidak”, wanita itu berkata. “Suami saya telah keluar”.

“”Jadi, kami tidak akan masuk” mereka menjawab

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

“Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!”

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
“Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,” mereka menjawap.

“Mengapa begitu?” wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

“Namanya ialah Kekayaan,” Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, ” Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.”

Dia menyambung lagi, “Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah”.

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. 

“Bagusnya!!” dia berkata. “Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!”

Isterinya tidak bersetuju. “Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?”

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

“Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!”

“Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,” kata suami itu kepada isterinya.
“Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita.”

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, “Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang?

Silalah masuk dan jadi tetamu kami.”Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :”Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?”

Mereka semua menjawab: “Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. “

Kisah motivasi diri di kala air liur tgh meleleh nk beli handbag…saya telah membuat keputusan utk menghadiahkan diri sendiri seketoi handbag sempena hari jadi saya yang ke 29….tua sudah…anak baru sorang nih. sambil menyedapkan ati…buat apa beli bag online..x leh tgk live depan mata..x leh bukak zip tgk2 dlm…x leh try2 galas2 atas bahu…tgk2 tali dia pendek…x selesa di galas…tgk2 lagi shining yg amat dia punye material ..mesti segan nk bawak hahaha

so baik beli sendiri..kt mall walaupun jenama mampu milik golongan pertengahan sembonia ..yg penting selesa hahhaa i dah usha kt sorg minah ni ms solat kt surau R&R org berzikir…dia dok usha pattern handbag org..dia bawak beg sembonia..ala2 marc jacob..hahha jd lah…walau x leh pakai designer bag ni..

masa hp rosak pom..saya mencuba nasib mtk en suami belikan saya hp…en suami soh pakai hp baby imyan dl hp baby adalah hp getah utk digigit hahha x pe lah daddy…kasih sayang daddy cukup lah…supaya kejayaan dan kekayaan bersama kte..bgn buat susu pagi2 buta pom ibu dah bahagia achewahhh dan sayalah menantu solehah itu..uwekkk

hap hap…cukup..dah dua hari dok jamu mata tgk handbag…sila buat thesis…next week dah nk cuti..dua minggu lg nk amk turn masuk kuliah…masa tu mmg x dah harapan nk writing dah

2 thoughts on “meleleh air liur…

  1. maria says:

    suka this motivasi…mmg betul, bila kasih sayang ada dgn kita, insyaALLAH kejayaan n kekayaan akan datang…walaupun bukan kekayaan dari segi harta…cewaaahhhhhh hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s