Ikhtilaf

–>>>nice reading..sumber iluvislam.com

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan. (me : sgt betul)

Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.

Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.

Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang. (me : yess)

Sesungguhnya, “ikhtilaf itu rahmat”.

Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan

Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.

Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.

Itulah kehebatan tuhan.

Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.

Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  ‘rasa betul’. (me : senyum seindah suria)

Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.

Orang-orang cerdik mengatakan “cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil”.

Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.

Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.

Begitu juga orang yang belajar.

Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.

Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.

Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.

Sikap kita melambangkan siapa kita.

Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.

Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.

Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.

Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.

What you see is what you get

Cerdik pandai pernah mengatakan”Cara kita melihat menentukan siapa kita”.

Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif. (me : susahkan nk jadi cmni)

Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita. (me : ye tepat..skrg saya tgh amalkan ini…sentiasa tersengih cm kerang busuk…penat tau buat muka masam pengalaman sendiri time merajuk ngan en suami)

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.

Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu. (me : ye kawan2 sila bagitau)

Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya. (me : kalu kapal cmni ni waty ;))

Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.

Kesimpulan

Jadilah manusia yang  cerdik dalam  memberi pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat. (me : berusahalah ke arah itu sbb kadang-kala ada pendapat berasaskan udang  di sebalik mee)

Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.

Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.

Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.

Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh. (me : betul!)

Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau. (me : betul sgt..selalu ada konflik dlm diri kalu cm tu jd cmni bla bla)

Ikhtilaf – perbezaan pendapat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s