travelog: Day 2: penjom

bertravel bersama dua anak kecik ni..menuntut kesabaran yg tinggi hihiih ibu bgn subuh terus mandi, iron baju..packing2 bag, save masa beb. time anak2 bgn. sorg sorg poo2. yg iqbal lg best, dah nk kuar bekpes. dukung2 bau masam. ibu kena la menyising lengan semula. imran yg notti, masuk2 bilik semlm. masa dok main. toy msk bawah katil. dia bleh jerit “ibu, hantu..hantu” smpi tunduk menunjing jari bwh katil. i pom tunduk sama. tgk2 ada toy dia. adeii

bekpes yg haru biru. food banyak tp orgnya ya ampun. kena berdiri tunggu meja kosong. lps tu waiter pom x menang tgn nk kemas meja. byk buang masa kt sini. makannya kejap jek. masuk kedai beli souvenior pas tu amk beg nk check out. skali ramai jgk org. kaunter i Q stuck lama sbb ada yg nk guna voucher discount bla bla so x dapet la nk ronda2 kt park

# tiket free yg dibawak balik semula. x smpt nk guna, baru ku tahu nk masuk ke colmar if x overnite pom kena bayar. every park kena bayar. so kesimpulannya kena p lagi sbb 2x pΒ utk urusan keje tp x penah msk mana2 park lagi hak3

kul 12.00 pm bergerak ke penjom. bukit tinggi ni otw ke penjom ye. just kena naik bukit je la. x smpi 15 min. sampai ke post guard penjom tepat2 pukul 2.30 pm, tepat2 masa yg dijanjikan. berdebar lerr jgk kot smpi lambat sbb daddy siap sggh beli rojak kt hentian apa ntah huk3 penjom seperti biasa mmg friendly tp sbb x pakai kasut ttp full x leh msk dlm plan πŸ˜‰ kebetulan ada niosh. just dpt msk lab + tmpt buat jongkong emas hikhik dpt pegang flakes emas pom jadik katanya. dkt kul 4 bergerak kuar dr penjom.

yeah ..kte balik na na na teganu kiterrr…..

luas btl bumi pahang nih…puas cemuih dok dlm keta, jalan ikut gps, gps bwk lalu kot ladang kelapa sawit kihkih sib baik jupe ikan patin msk tempoyak kt rnr gambang. ilang kempunan daddy. msk kemaman kul 8 mlm, mengimbau kenangan lalu ms dok kt cukai dr form 4 till kt ukm. byk dah berubah, dpn kuarters pom siap ada jalan baru ;). kul 10 baru smpi awana kijal hahaha mlm bebenor

# awana kijal yg best..worth la top up rm50. tp dok kejap jek, siap bell boy yg tolak troli masa check in x sempat tukar shift hahaha i siap tegur belom tukar shif lg. dia sengih ckp petang. rasa cm hampagas jgk berkecek luar ngan org teganu. masa dok mryt dulu i fasih berckp teganu pa gitu pa sampai begitu sekali nak sebut kena ada intonasi. nazuha bg i kursus intensif bahasa teganu πŸ˜‰

 

# smpi2 terus berendam, bilik ni ada sliding door. so bleh monitor dr atas bed. ibu mandi pom imran bz nk bukak, sib baik lah ada shower room yg tertutup sebelah dalam ;). adik ibal tukang tonton abg myan mandi. kul 11 lbh kuar cari dinner. masa otw nk ke awana byk kedai seafood ada tulis lempeng kelapa. i pom order la sbb ala2 tu signature dish yg sume kedai ada. sekali x sedap langsung. x rasa pom kelapanya hohoho may b kelapa parut dah abs sbb kitorg org last makan b4 kedai tutup

 

 

# scenery di pagi ari, dpn room we all, dpt room di wing belah kanan. mmg besar hotel ni. padan dgn status 5 star. i tot hotel 5 star wajib ada bar dlm pool. restaurant kena ada 3,4 buah bla bla siap ada playhouse ;)..bekpes pom best. ada nasi dagang, lemang+rendang tiba2 feeling hari raya. yg western sume complete. yg x best tgh2 makan imran poo2. mengamuk2 nk soh basuh hahahaha jem..jem

 

# pool utk kids yg best..siap ada slide, imran main smpi x mo naik kuh3 imran sgr berani dgn air. sekali nk terjun pool dewasa, nasib baik i nmpk

# adik ibal x nak kalah ngan bella, nk belajar swimming jgk πŸ˜‰ baby mmg automatically bila msk pool akan pandai kayuh2 kaki sendiri. mandi manda smpi kul 12. x dapat main ombak sebab imran ngada2 nk dukung sbb pasir asyik masuk dlm sandal.

note : pic ibu x dak sbb daddy sabotaj sume pic goyang kecuali pic ibu camwhore seniri yg sedikit poyoss rasanya nk tempek hakhak

 

kul 1 lbh check out. tanya bell boy jalan ke PFE eng. rupanya dekat saja. so kul 2 dah smpi, appointment kul 2.30. i masuk awal lah jgk. sembang2 ngan stdn tu. stdn tu ckp kt i “best la puan jalan2 free”..i sengih tersipu2 seperti kerang busuk. lps meet up ngan sv+hr person. sv mtk diri awal sbb ada meeting. tinggal dgn hr pompuan, so sembang lbh kurang. dia cite tmpt2 menarikΒ  kt kerteh. oohh ada mall kt kerteh. namanya mesra mall. no bad lah. ada poney, sembonia, cr boutique. byk restaurant2 cm big apple dan adik beradiknya. imran berdrama kt sini nak naik troli giant tp kt sini tkr nama jd apa ntah dah lupa. cry2 siap guard ingat budak hilang. padahal daddynya ada di tepi kuang3

malam singgah mcD kuala terengganu plak. pas tu cr tmpt makan ngan k’ana dulu, teringat kesedapan seafood kuala terengganu tp skrg kedai tu dah x sdp + masa perut mula sakit cm contraction huhuhu i tot sbb lada hitam propesrity burger masa kt kerteh.

sampai umah tok ma kul 1 pagi hoho mendobi 2 trip before balik esoknya. balik sehari jek siap otw balik ke perlis. imran mengigau jerit2 nama ayah chik hahaha

berakhirlah journey to the east. claim pom balik modal jek. eh x, rugi sbb ada saman traffic satu muhehehe ada jwpan la utk stdn yg ckp jalan2 free tu…”x free lah sbb ada saman satu” kuikuikui. bkn takat nk jalan free, nk cari pengalaman, jauh berjalan luas pandangan. harapannya kembali semangat berkerja. dapat spend quality time ngan family bla bla bla serampang 10 mata gittewwww

 

4th anniversary

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenahdan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


p/s ...
setahun lebih di rumah mertua
hampir setahun di rumah sewa
baru setahun setengah di rumah sendiri
baru 4 thn tp dah byk fasa dilalui...
dah namanya bahtera perkawinan,mesti dilambung ombak..
org kata 5 thn pertama adalah thn kritikal..
agree sangat...mcm2 kisah suka duka...
yg suka timbul bunga2 dihati
yang duka kena share yg org lain (ada yg kata mengumpat)
tp bkn niat nk mengumpat...cuma mencari kekuatan. 
kenapa mcm ni kenapa mcm tu
supaya kita rasa bkn kita sorg rasa cm tu..
ada lagi org lagi teruk...
kalu kita yg lagi teruk ..anggap saja lah itu adalah dugaan,
utk mematangkan fikiran. penambah rencah kehidupan..
so masa tu baru kita bersyukur dgn nikmat yg diberi

ALHAMDULILLAH

travelog: Colmar tropicale

 

 

a french theme resort..bg aku sini cm cameron..tmpt yg bleh p berulang kali sbb enviromentnya bleh feeling2 dok obersea hak3 kali ke 2 rasanya bleh p lagi…pdhal x dak apa pom… jamu mata jek;)

malam b4 bertolak dah siap packing…kata smgt nk p berjalan..tup2 masa dk angkat2 beg, black out huhuhu ku terus teringat ebm dlm freezer….nk call makcik blkg umh tanya tgk2 no tel x dak sbb dlm hp yg rosak daku tidak baiki..separuh no mmg dah ilang. jalan la dukung iqbal p sembang makcik blkg umh kot2 ada notis ckp psl elektrik ni…dia ckp pencawang rosak bla bla bla x tau lama mana. makcik tu pom nk p aloq staq so x leh la nk beroger2 ngan dia letrik ada kul bape…no hp jiran lain pom x dak, ada dlm hp yg rosak..so x nak amik risiko kot ebm cair *nota kaki panggil kaki jgk ke kalu dok dlm paragraph ebm yg cair lbh dr 50% tidak boleh dibekukan semula. perlu dihabiskan dalam masa 24 jam. kira2 ada dlm 18 peket hohoho so masuk2 plastik hantar arau ;(

so singgah arau, kul 9 lbh jgk la bertolak dari perlis. brunch di R&R gurun, pas tu singgah R&R tapah utk baskin robin time + tapau donkin donut. esoknya adalah thaipusam. so kena elak la lalu hot spot2 perayaan ni. x jd lalu kot gombak. kuar kot tg malim,naik kot genting highland thru batangkali sampai pekan goh tong yg ada cabel car ke genting. imran dah excited tanya apa tu apa tu haha jakunss kena bwk la naik cabel car lain kali. kt situ jgk ada strawberry farm. rasa 2 thn lps x dak lg farm ni. lalu mmg nmpk stoberi bergayutan πŸ˜‰

 

adik bal~imran panggil adik, adik bal atau ibal..sesedap rasa dia hihi dah bleh tdo bwh. kalu idak dlm keta nk tdo atas riba hoho naik muscle lengan ibu πŸ˜‰

 

abg aka miyan aka abg miyan tdo dpn..

naik kot batangkali. tgh jalan tu gps bunyi x dak service haha so jln berharap sgt dgn gps. ada certain tmpt x dak signal. turun kot genting sempah. kul 5 pm dah sampai colmar. lps check in ronda2 kawasan resort. masa kat parking jupe blogger glam. ku toleh berkali2, ye mmg btl lalu memsms follower yg lain hak3 gilak ramai org.kan cuti weekend yg panjang, meriah la dkt street tu

 

 

tiada pic family kecik saya sbb imran gedik2 ala retis ‘NO CAMERA PLZZ’.Β  x mo pandang camera ;). abaikan baju yg memberi effect mengembang.since baju ni i telah stop membeli bj brand a****z. mari kite beralih ke t-shirt muslimah tp x dpt design yg berkenan lg πŸ˜‰

 

tmpt ni sesuai utk kanak2 berlari. imran kejenya berlari dan berlari dan jumpe…..

...

…lalu…..

 

mengamuk nk bukak baju nk mandi huhuhu lama jgk lah drama swasta kt situ. drama king sungguh. pujuk2 cakap kt bawah ada fish ngan swan πŸ˜‰

 

ralit dok sini plak,ada org feeding swan n fish. tp x tau mana beli. esoknya baru tau ada jual kt kedai kt street tu.

 

tunggu budak tecik ni plak dapat kaki. syiok la abg miyan ada kawan nk main kejar-kejar πŸ˜‰

 

kul 7 pm br msk bilik, dpt bilik sama level ngan carpark. kawasan berbukit kan. so balcony mengadap bukit. daddy frust sbb nk bilik atas yg balcony mengadap street tgh2 tu. apa2 la daddy. dah pakai gomen rate dpt bilik view x best lah kalu time peak season cam gini.kelihatan ruam ke apa kt pipi iqbal mula merebak huhu

kebetulan nk kuar dinner hujan trn dgn lebatnya. impian utk dinner spesel sempena hari lahir ibu kt golf resort x jadi sbb ibu ala2 x confident jalan, ujan lbt+jalan bukit2 ni. malas nk amik risiko. end up dgn nk tapau. daddy p tapau ngan imran kt restoran resort sbb cafe2 lain dah ttp. awal btl pukul 9.30 dah ttp. kejadian kejakunansss bermula. bila order, waiter tu ckp x dak tapau. kena call room service depa anta food ke bilik. harga sama je hakhakhak mana la akak penah order room service. tgk menu nasi goreng rm25. baik la kuar cari makan. bleh gak amik angin. malam tu call room service. x sdp lgsg, dgn ayam x masak, nasi sejuk sbb tu kalu tido hotel pun malam kuar cari makan πŸ˜‰

abis satu hari perjalanan..esoknya bersambung drama2 swasta lagik