op part 1

Catatan dibuat di hari ke 6 pantang op (read: operation) ke dua. Terpanggil untuk buat catatan sebab masa google x banyak info lastest yang dapat. May be sekarang dah x ramai nk berblog. Tinggal blogger2 tegar sahaja. Mungkin entry pasal op  tonsil ni dapat mengatasi entry2 lain yang masih dikunjungi- puding roti pisang,  dapur impian etc2 😉

Rasanya if mau info secara medical boleh google saja. Ibu Imran di sini hanya mahu buat catatan dari perspektif seorang ibu. Imran 2 thn lps (boleh ingat sbb masa warded tu I x tau yang dah pregnant Ayesha 4, 5 weeks. Siap pegang Imran masa x-ray)  Imran sesak nafas yang teruk. Sampai emergency disoalsiasat tp x tau sakit apa. Lps cucuk segala mak nenek ubat baru lah tdo. Warded lah utk neb etc2. So suspect something kat tengkuk dan sebab obes. Salur pernafasan jd pressure bla3. Kena refer klinik ENT 3 bulan sekali. Bermula kisah berulang ke spital hehe ibu2 yang ada routine appointment gini je lah yang paham 😉

Nak jadi cite. Mlm raya haji last year kena lagi kt kg. tp doctor kt kg ckp ‘krup’. Raya lah di wad. Baju raya pun x pakai lah. Sib baik raya haji. So tahun ni pakai lah semula baju raya last year. Kasik berbaloi beli mahal2 hahahaha tahun ni macam agak teruk bunyi masa tido. Siap terjaga2. Kebetulan masa routine appointment I mintak lah solution. X jadik takat berulang 3 bln skali just kasik ubat spray hidung. Lepas pakar check. Dapatlah booking op 8th July 2015. Before op tu berderet2 lah appointment hari lain2 amik darah, klinik bius, clerking bla3

So bila dah tau gitu. I pom prepare siap lect note, supaya hari op nt x dak lah kelam kabut ingat urusan keje. Nak dijadikan cerita hari jumaat 22nd May 2015 semasa tengah bershopim barang dapur di cmart dapat call dr klinik ENT. Esok ada slot kosong. Boleh awalkan. Gelabahlah ibu Imran sbb ilmu op tonsil belum penuh didada. Hanya bertanya secara lisan ngan rakan sekerja. Mintak 5 minit utk bincang ngan daddy Imran. Daddy Imran lah plak kelas call x angkat. So call lah kekanda kesayangan yang ank sedara ada op tonsil jgk. Kakakku cakap x dak apa. 3 hari dah baik. So adinda pun lega. X dan call blk misi. Misi call dulu. Setuju sajalah supaya dapat menikmati juadah hari raya dgn penuh nikmat. Sbb booking awal dekat nk raya. Kena admit wad pukul 3 ptg tersebut.

So ibu libang libung mula mengatur strategi. Ank 3 derr. Sorg msk wad 2 lagi nk letak mana. Dah la weekend. GL pun x amik lagi. So decide utk buat GL dulu tapi nak tunggu opis pendaftar bukak pukul 2.45 pm decide blk umah kemas beg. So gerak2 khas lah. P umah maria hantar parcel. Just sempat say hi kt baby fawwaz. Mak tok Fawwaz pom x salam (so rude ;( ) amik imran n iqbal kt pasti. Iqbal anta rumah maktok. Imran bwk balik rumah terus nak mandi and bersiap.

2.45 pm terus p pendaftar. Amik GL dan ke klinik ENT. Bermulalah drama Imran. X nk bagi letak jarum drip (branula) tiba2 tau sbb kecoh kt fb pasal natural birth. Org tua x suka. Budak2 lagi lah. Ekceli bila si kecik yg sakit emosi ibu yang terganggu lebih hahaha. So doc ENT suruh p ward paed. Jalanlah ke ward paed. Jupe paed yg masa dok wad dulu. Siap ingat dulu katil bape. I pom bgtau ni lah rententan admit hari tu hehe dah siap branula tu baru p register wad.

pic googled

pic googled

Settle register daddy smpi dgn iqbal dan Ayesha. One happy family nk p admit ward. Kebetulan bed x ready lagi. So mtk balik dulu. Dan lah mkn n daddy mandi sbb nk teman Imran malam tu. Lps isyak p admit sbb nk buat sleep study. Sleep study nk tgk level oksigen dalam badan sbb Imran op tonsil n adenoid so kena check sbb takut lepas op oksigen x cukup (mohon baca sendiri secara teori).

Iqbal yang x tau apa2 siap nk ikut p hospital hihi 3 beranak kat rumah tido lah kt bwh jek lah. Clingy wife mala nk angkat ank2 tido atas. Daddy call bgtau op Imran 1st pg esok pukul 8. I x tido nyenyak lah. Lps subuh terus bersiap. Anta iqbal n Ayesha ke umah mil. Gather2 ngan Imran n daddy kt ward. Tp sampai Imran x siap lg. rupanya jadi org no 2 lak. Imran buat perangai lg. x nak salin dress op.nak ke OT (operation theater) pun jalan sendiri x nak wheelchair. Sampai op ibu salin baju op. terus feeling dr Ha*lina hehehe seblm msk OT. ada sesi dgn anes. Sib baik pakar anes baik. Layan jek Imran yg tantrum x abis2. Tiba2 cek lung belah kanan bawah ada bunyi. Terus 50-50 bleh op ke x. lama jgk nk decide pakar anes ckp on tp ada prepare apa ntah dia kasik arahan kt MO.

Dah sign sume. masa ni explanation if ada komplikasi bla3 i salute lah untuk ibu2 yang dengar tanpa rasa gentar *tabik hormat. ibu jeli cm i nih. terkesan lah jgk dihati tapi doa2 mintak jauh. Masuk lah OT. Terus gelabah ibu dan ank tgk tools sume hahaha sebagai ibu kau lah ratu hatiku. Terus alihkan perhatian Imran hahhaha x nak baring lagi atas bed. So bius sambil duduk atas riba ibu. Anes dah pesan pegang kuat kat  belakang nanti dia terus tido. Pakar anes guna shrink masukkan ubat pelali kot thru drip. Terus pengsan. Kalut2 sume angkat letak atas bed, I ols terkedu. Trs letak mask, belon udara tu. Anes bgtau ‘Puan bleh kuar nt dah siap kte panggil balik’ sorg pakcik MA kot iring kuar. B4 tu dia suruh kiss Imran tp dah x dak space. Penuh org keliling bed. I ols pun kuar dgn hati duka lara.

Daddy blk mandi. Nasib baik rumah dekat. Dok berulang gitu je lah. i tunggu kt luar. Masa tu op parallel ent n oral. Sume kanak2. So ramai lah org2 tua dok menunggu. I bukaklah yasin kot hp.  Baru skit baca. Ada lah sorg tok ajak sembang.  Sembang lah bla3 patut cucu dia no 2 tp sbb sleep test Imran x dianalisa lagi. Diorg bagi yg 2nd person masuk dulu. Tgh2 sembang tiba2 misi panggil ‘ibu Imran boleh masuk’ teruslah masuk. rasa macam kejap plak.

Imran separa sedar, mask oksigen ada lagi. X bagi suck abis darah keluar. Geram betul rasa, misi pun x paksa.masa dok tenangkan tu berbual ngan #jirankumisiOT dan #silkumisi (perlu mention sbb ada kisah hehehe) dah stabil sume. Baru pindah balik dok wad. Dok wad 2 dengan sorang lagi tok yang dah tua. beliau operate mata. imran banyak tido. nasib baik lah jugak sebab pukul 10 malam baru boleh makan. petang tu mil, fil n sil datang bawak anak2. lepas tu #jirankumisiOT pun datang.  habis waktu melawat. i balik lah ngan anak2. daddy yang tunggu imran.

masih aktif di media sosial. anak sakit pun sibuk nk bermedia sosial. satu tahap rasa macam x leh terima respon2 diberikan. so i rasa my mind exhausted already. banyak sangat kejutan. masa untuk hibernate.  bila diri sendiri x dapat nak hadam respon2 orang buat apa nak hadap lagi kan. so tenangkan hati sendiri.

gittew

gittew

gittewww… x kan kte nak orang paham kte sepanjang masa. kite yang perlu cari jatidiri sendiri (eh jatidiri tu apa hhahaha)waktu sakit memang waktu muhasabah diri. waktu untuk dekatkan diri denganNya. i rasa i deserve untuk waktu bersama keluarga sahaja bila mana x boleh menjadi pendengar yang baik. silap or terjujur bagi ulasan kan lain lak cite.

Walau apa pun yang terjadi 
Pasti ada hikmah di sebaliknya

Jangan menunding jari 
Perbaiki kelemahan diri 
Berjalan tanpa henti
Disana pasti menanti

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s