ganti posa

ni masalah bila dah beranak pinak…ganti posa…pas tu bila ada anak tiap2 tahun..so ganti posa dah x teratur tp kes i sbb gugur thn 2008 pas tu 2009 dalam pantang..posa x berganti jd berganda2 ..smpi ramadhan tahun 2010 pun posa 2009 x berganti ni la kalu dah terbiasa dgn kalendar omputih, tahun islam x ingat…..tp sedikit musykil ttg fidyah..kte tanya encik google… kuar la website e-zakat atas sekali….

——

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

 Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun. Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut.

—————

siap ada kalkulator…saya pom mula men’jot’ down posa2 saya huuhuh saya sungguh lemah no2..nk kira pom kena tulis…

@ posa 2008- miscarriage tggl posa 15 hari

 + tak ganti langsung sbb peknen plak.

@  posa 2009- x posa langsung sbb dalam pantang- 30 hari (posa kali ni 29 hari ke 30 hari…play safe kira 30 hari ;))

+ ganti 21 hari

+ 15 hari utk 2008 dan fidyah 15 hari -done-

+ 6 hari untuk 2009..balance kena ganti 24 hari lagi

@ posa 2010 – tinggal 6 hari

+ so total 30 hari + 24 hari fidyah..x kena double lg..blom langkau 2x ramadhan

+ baru ganti 5 hari waaaaaaaaaaaaaa…mls nk carry fwd dah

——————

ni la cite2 ibu mengandung…2 pom dah kepingin nk mengandung lagi 😉

pic di mgu2 terakhir nk bersalin hohohoh

x sangka bleh bwk peyut besar ni….

yee…saya x blk ari ni….walaupun time solat jumaat..mau jupe doc SV….cd software xrd ilang..kena transfer satu2 dr desktop hohoohooho ..modus operandi mengemas seminggu sekali sdh x berguna lagi..skrg jd tiap2 malam..ibu menjadi cinderella…imran dah pandai makan sendiri..dan merata2 dia berjalan…dan merata2 jgk meninggalkan jejak…ibu pom kena lap ikut jejak…kenapa x pakai mop..ibu x suka pakai mop…ibu nk feeling jd cinderella..nk bsh kain pom x bleh …ari mendung…kain kemarin dl pom kt ampaian lg ..x kering

jap jek dah msk november..ye november rain….aim nk anta correction b4 ry aji…sebagai pembakar semangat….rewardkan bahu dgn hailey bila sume dah selesai hahahhaha

dah dpt surat jd ajk perpindahan…x baca pom lg JD nya…tiba2 teringat cite2 nk pindah ke sini…cmne i bleh ada darah pahlawan sebegitu msk ke bilik tuan dkn lalu menerangkan perkara bg pihak i….be honest saya x suka pndh sini…ntah 1st impression lg….sume menda2 yg saya pk akan terjadi mmg terjadi…may b dgn pindah akan jd lbh meriah…ye lah kan the more the merrier…walaupun keadaan x tau cmne..menumpang ok don’t expect too much nk pindah pas tu dpt kerusi pusing2 hahaahaha lawak tul ingat…ms 2 i rasa mmg hormon x stabil..ye lah ms tu early pregnancy …silap2 dok dlm cabin…redha 😉

ok da da da

Ikhtilaf

–>>>nice reading..sumber iluvislam.com

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan. (me : sgt betul)

Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.

Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.

Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang. (me : yess)

Sesungguhnya, “ikhtilaf itu rahmat”.

Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.

Perumpamaan

Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.

Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.

Itulah kehebatan tuhan.

Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.

Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  ‘rasa betul’. (me : senyum seindah suria)

Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.

Orang-orang cerdik mengatakan “cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil”.

Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.

Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.

Begitu juga orang yang belajar.

Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.

Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.

Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.

Sikap kita melambangkan siapa kita.

Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.

Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.

Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.

Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.

What you see is what you get

Cerdik pandai pernah mengatakan”Cara kita melihat menentukan siapa kita”.

Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif. (me : susahkan nk jadi cmni)

Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita. (me : ye tepat..skrg saya tgh amalkan ini…sentiasa tersengih cm kerang busuk…penat tau buat muka masam pengalaman sendiri time merajuk ngan en suami)

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.

Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu. (me : ye kawan2 sila bagitau)

Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya. (me : kalu kapal cmni ni waty ;))

Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.

Kesimpulan

Jadilah manusia yang  cerdik dalam  memberi pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat. (me : berusahalah ke arah itu sbb kadang-kala ada pendapat berasaskan udang  di sebalik mee)

Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.

Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.

Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.

Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh. (me : betul!)

Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau. (me : betul sgt..selalu ada konflik dlm diri kalu cm tu jd cmni bla bla)

Ikhtilaf – perbezaan pendapat

MMBCY Siri 4 : minum petang + open house

wah2..ingat glamer sgt ke blog akak siap buat short form ala JJCM….mls nk menaip panjang2 hihiihi

sempena kseri nk dtg beraya kt umah dan alang2 nk masak…i pom membesarkan skit jemputan utk minum petang kt umh #1…tetamu wajib set2 plv lah…buat petang sbb nk masak laksa kelate ngan spageti je sebagai main course..begitu yakin utk masak laksa kelate setelah 1st ekperimen menjadi…

my 1st laksa kelate

1st time masak pakai laksa EKA ..x baca instruction awal2..tgk2 kena rendam semalaman…i main rebus on the dot..keras..dah la pakai laksa besar2..tp feel hihiihiulam pom belasah mana yg ada dlm fridge..kacang panjang, tauge ngan kobis…kekonon confident nk jamu org…my ma ckp kalu yg instant pakai yg halus baru sedap…so utk open house beli la yg halus…ulam pom tambah daun kesom, bunga kantan yg rega RM 1.50 sebatang tiba2 rasa nk tanam bunga kantan sbb rega x capai dek akal.. buat sambal lada tp i x rasa main agak2..i kan x makan sambal hiihihihi so 2nd trial saya rasa lain skit dr 1st…ulam pun byk..lagi sedap pakai laksa besar2 kot..laksa kecik cm ulam lak yg terasa lbh dari laksa..x feel

selain main course…ada pencuci mulut ..mula plan buat kek cokelat ngan puding roti nenas sajork ..buat malam lagi..tgk2 puding roti rentung..

ini rupanya puding roti nenas rentung

sib baik x dak rupa tp ada rasa…tp cm x syiok..bgn pg, 1st skali buat triffle…sekali kul 3 pm pom x keras lg…letak peti atas…ye kawan2…kalu anda kesuntukan masa, x dpt buat triffle awal semlman sila letak dlm peti atas barang sejam dua…nescaya triffle anda akan sedap berkrim cm eskrem hihiihhi…yg dtg mlm je lah dpt feel…ekceli dlm jemputan i letak kul 3 pm smpi 7 pm…ye lah minum petang time..agak2 sempat siap sume sbb start dari pagi…skali kul 11 pm gas abis…adeii ada la delay time nk msk..so tetamu 1st smpi kul 3 ..tuan umah dok goreng popia lagi..popia ni atas permintaan daddy..peberet daddy nk buat cmne..pas tu daddy pom request ketupat dan rendang mak…p lah anta bhn mentah sume mlm tu..

kek cokelat

ni resepi kek cokelat ni…

2 cwn gula aising

1 1/3 cawan tepung gandum

1 cwn serbuk koko

1 sudu teh garam

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

– –>campur sume bhn2 kering ni biar rata..dah rata masukkan bahan2 di bawah

2 biji telur

1 cwn susu cair

1/2 cwn minyak masak

1 cwn air panas

1 sudu teh esen vanila

—>> kacau sebati…pastu bakar dlm oven..ikut oven akak suhu 180 dalam 30 – 40 min…nk tau msk x, cucuk ngan belakang sudu..kalu angkat x melekat kt sudu, kira masak la tu..

sila cuba ye jihe..kejap jap…nk basuh perkakasan yg dah guna lagi lama…

utk ganache;

300 gram cokelat masakan

?? susu cair (lupa dah i letak dalam 3,4 sudu)

?? marjerin (lupa jgk..i letak dlm 2 sudu)

–>> masak double boil smpi cair…curah atas kek 🙂

hihiihi btl2 blog ibu2…lengkap ngan resepi bagai..apa lg yg di expect dlm blog seorg ibu..masak2, sentap2, kisah anak, kisah rumah etc..

i buat hari sabtu open house sbb ari ahad daddy ada kelas…walaupun smpi kul 7 pm tp mil sefamily dtg mlm, jiran dan mat alif & co…diorg blk dah kul 10 lbh…so tuan umh x larat nk kemas tp puas ati sume licin…so keadaan di pagi ahad..

keadaan selepas..sebelum selalu x sempat amik

polisterine penting back up sbb x smpt nk basuh mangkuk ;)...mangkuk ada 16 je

cawan tu utk cocktail…oohh ni la senarai menunya…

1) spageti

2) laksa kelate

3) ketupat + rendang daging = mil yg buat, kami bg beras pulut ngan daging jek

4) puding roti nenas rentung

5) triffle ..sape dtg awal mkn versi lembik, yg dtg lewat baru dlm feel yg sejuk dan lemak berkrim

7) kek cokelat

8) koktail nata de coco bersama jeli perisa rasberry

9) cokelat nuget harsey + tango utk kanak2

10) popia tp sos x sempat buat…pakai sos botol sajork

11) tembikai

12) air oren  tulis jgk kasik nampak banyak

tq pada sume yg sudi dtg…x pe cikimah, kshima…lain kali ada rezeki, i buat lagi, i jmpt..

esok jamuan raya opis daddy…daddy nk bwk 2 jenis tu…triffle ngan puding roti butterscotch ..ni pom 1st trial ..resepi cilok leen…hopefully menjadi..if x malu akak hahahahhah

itulah kehidupan…

nk hapdate byk menda tp mls nk transfer pic…baru lps buat minum ptg cum jamuan raya kt umh…nt dah transfer pic i hapdate..

2,3 kali p open house…eh open opis lah kot…semlm jamuan raya opis…saya jd ajk mknan tp saya berkawat control imran..nmpknya saya perlu bersara menjadi ajk yg melibatkan komitmen yg tinggi…jd ajk kecil-kecilan sajork sudah….

malam ni jamuan raya stdn dip…dan terlebih rajin p menganggupkan diri utk membuat dessert lalu mengambil rm30 budget utk desert..tp terasa malas plak nk masak…sib baik dah ada 2 bekas puding yg dibuat utk jamuan raya skol tp lupa nk bwk semlm..bleh x cm 2…tp sib baik masih ada belas ihsan utk kekanak dewasa ini lalu lps ni harus pulang ke rumah memasak triffle, puding karamel dan kek cokelat…

saya juga rasa keciwa dgn diri saya walaupun berazam utk tidak bershopim online tp semlm sdh membeli seketoi kasut imran hoohohoho sib baik baju raya ari tu x abis pakai lagi…so sgt la x dak reason utk membeli baju…cukup sampai thn dpn …cuma perlu beli baju2 tdo yg sudah mengecut kecik di badan imran. x kan baju tdo pom nk beli online akak oiiii..

saya juga tidak dapat mengelakkan diri dari melihat designer2 handbag yg menjadi igauan saya sejak dulu..terasa menyesal x membelinya sebelum kawen…bila dah kawen ni …dgn rega designer handbag dah beli beli susu imran 4 bulan….kerusi batu utk laman 3 set …atau pun kumpul skit lagi bleh buat garaj utk jemur baju…ramai bleh guna dr duit itu buat beli handbag yg hanya ada digantung di bahu sambil berlenggang mak limah …sagis lagi duit dlm tu hanya ada 100 berbanding rega bag 1K hihihi dan lama2 koyal dan buang..panjang betul ayat penyedap hati akak hahhaha

TAPIIIII hanya wenn yg memahami perasan kami…hahha yg x penah puas dgn apa yg ada…perbandingan yg dibuat oleh kekawan senasib…kalu kte pakai baju beli kt pasaraya hari2, pas tu pakai pinggan percuma sabun harusssss la kte kaya raya hahhahaha insap2 …jamu mata saja lah hihiihi

gulp

 wenn ckp kalu beli ni…buat bantal peluk ms tdo 😉

hohohoho

leleh

shantekk bukan tp mau sedapkan ati lagi…kalu saya yg pakai..harus org ckp beli kt padang besar ihiihihihih

cukup…

 

mari kte hidup secara wasatiah…hidup kte lbh baik dari org lain..ada yg x cukup makan..kte dah terlebih mkn sampai gemoks2…tp x penah nk bersyukur…dpt suami yg berat tulang skit pom bersungut…hampir terlupa pahala2 yg dpt ganjaran seorg isteri menguruskan umah tangga…tp eh ada tp jgk tu..bukan kah ada jgk rules yg ckp seorg suami ptt meringankan beban isteri so kesimpulannya kena bertolak ansur dan KERJASAME hahaha apa aku merepek ni…tgh memotivasikan diri utk menjadi robot superwomen..